Friday 13 April 2012

PUTRA

Salam teman2 semua. Syukur Alhamdulillah masih lagi di beri kekuatan untuk mengadap laptop ni. Terus di berikan nikmat mata untuk melihat. tangan untuk menaip. mulut untuk membaca. Alhamdulillah.

Semalam, diberi kesempatan untuk berkumpul bersama sahabat2 setelah sekian lama tidak merasai suasana sedemikian.  Dalam majlis tu kami di hidangkan dengan nasi arab + air teh arab + air kiwi dan lain2 lg. First time aku makan nasi arab. Boleh tahan la. Tapi yang kureng skit nya air teh arab. Dicampurnya dengan bunga cengkih. Tekak ku x boleh terima air sebegitu. Tapi itu tak penting, yang penting dapat makan bersama dengan sahabat2. Allahukabar. indahnya ukhwah kerana Allah.

Sebenarnya kami berkumpul, bukan saja atas sebab lama tak berkumpul. Tapi agenda penting nya untuk meraikan sahabat yang akan berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajiannya. Allahuakbar, murah sungguh rezeki beliau. Yang hebat nya, malam tu macam duk kat tanah arab. makan nasi arab, teh arab, sahabat nk ke arab, dan borak2 pon pasal orang arab, makanan di sana.. huhuhu

 Pesanan terakhir sahabat yang paling terkesan, katanya "teruskanlah berjuang, hidup mulia @ mati syahid. Nak syahid tak semestinya pergi berperang di Palestin, di sini pon boleh mati syahid kalo kita menentang orang yang ingkar, murka pada Allah. Orang yang mengananyai hamba Allah."

Pesanannya lagi, " Doa kita kepada sahabat tanpa pengetahuannya, di makbulkan Allah. malah malaikat turut mengaminkan doa itu kepada kita. "juga untuk mu".. "

InsyaAllah sahabat, aku akan pegang dan amalkan pesanan mu ini.. Setahun lagi kita akan bertemu semula, InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusanmu.



Ahmad Fahmi Che Nordin

* maaf ambil gambar tanpa bagitahu mu, sahabat.. =)

No comments:

Post a Comment