Wednesday 25 April 2012

Manusia Yang Bertuah

Pagi tadi sempat menadah telinga mendengar peringatan dari sahabat serumah. Sudah lama tidak merasai suasana itu, dek kesibukan masing-masing. Katanya, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Lebik baik dari tumbuhan. Lebih baik dari haiwan. Lebih baik dari makhluk-makhluk lain. Dalam surah at-Tiin: 4

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
Sesungguhnya, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya  
 
Bertuahnya kita. Beruntungnya kita. SubhanalLah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Tapi kena ingat, walaupun kita sebaik-baik kejadian, tapi kita sedang memikul satu benda berat iaitu amanah.Kita sebagai anak, ada tanggungjawab. Kita sebagai ibu bapa, diberi amanah untuk mnjaga anak-anak, keluarga. Sebagai pemimpin, perlu menjaga rakyat. Kita sebagai khalifah ada tanggungjawabnya.

Jika zaman sahabat dulu, jika di beri amanah, pasti akan menolak, malah ada yang menangis. Kerana tak sanggup memikul amanah itu. Belum menerima lagi sudah terasa berat.

Tapi, berbeza dengan sekarang. Bukan saja menerima sesuatu amanah itu dengan senang hati, malah di minta pula amanah itu.. Konon-konon" aku boleh buat semuanya." begitu angkuh sekali manusia sekarang.

"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi, gunung-gunung, tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." Al -Ahzab:72
 
~Memegang amanah adalah paling berat di dunia-  Imam Al Ghazali

1 comment: