Tuesday 29 May 2012

Rahmat Allah

Bertuahnya hidup ini dikelilingi dengan sahabat2. Sahabat yang sering hiburkan kita kala kita sedih. Sahabat yang sering memperingatkan kita saat kita lupa. Sahabat yang sering tegur kita saat kita leka. Indah nya bila bersahabat kerana Allah. Subhanallah. Terima kasih Ya Rabb.

Friday 18 May 2012

Bagaimana Kita


Selalunya, bila saat kita kesempitan hidup, kita ada masalah, terus kita berdoa padaNya. Mengadu padaNya. Moga-moga masalah itu berlalu. Agar hari kembali ceria.
Tapi pernahkah kita, saat kita gembira, hati rasa tenang. Kita bersyukur atas nikmat yang diberikan itu. Kita berdoa padaNya. Ucap Alhamdulillah padaNya. Pernahkah?

Selalunya, bila saat kita ditimpa kecelakaan, kesakitan. Kita terus mengangkat tangan, berdoa padanya. " Ya Allah, sihatkanlah aku. Jauhkanlah aku dari segala penyakit."
Tapi saat kita sihat. Dapat berjalan ke sana kemari. Pernahkah kita berkata " Terima kasih ya Allah, hari ini aku sihat". Pernahkah kita mengucap syukur pada Ilahi? Pernahkah?

Wahai teman, ketahuilah. saat kita merangkak mencari Allah, Allah berjalan mendapatkan kita..
Dan, tikamana kita berjalan menuju Ilahi, pasti Dia berlari mendapatkan kita.. Subhanallah~

Wednesday 16 May 2012

Terima Kasih Cikgu!

Terima kasih wahai insan yang bergelar GURU.. segala ilmu yang kau curah kan padaku akan ku manfaatnya sedaya mampu. Dan kini aku sebahagian dari kalian.. Turut sama mencurah ilmu. Moga kalian sentiasa tabah, sabar bersulam keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.
 

Thursday 10 May 2012

Tiada Kata



Teman saya, mengeluh. Katanya, kita boleh bersabar, tapi belum tentu bersyukur. Lama saya termenung. Berfikir. Ada kebenarannya juga. Saya cuba mengagak dia mungkin ada masalah kewangan atau masalah keluarga.atau mungkin masalah kesihatan. Tapi yang pasti dia kini di uji. Berat untuk melihat wajahnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Saya cuba menenangkan dia. Cuba memotivasi diri sendiri.

Dalam surah al-Baqarah ayat 286, Allah SWT berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Benar!  Kekadang kita boleh bersabar bila di timpa musibah dan sebagainya, masih boleh mengawal 'keadaan', tapi dalam hati seperti 'ombak bergelora'. Agak sukar untuk bersyukur atas musiabah itu. Kita bersabar dalam mengeluh. Mengeluh itulah menjadikan kita tidak bersyukur.. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana kasih sayang Nya mendahului kemurkaan Nya.

Untuk teman ku, renungilah satu hadis ini yang di riwayatkan oleh Thabrani dari Abu Umamah:

Ketika Allah rindukan hambanya, Allah akan mengirim sebuah hadiah istimewa melalui  malaikat Jibril yang isisnya adalah UJIAN, lalu berkata " Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."

Saat kita gembira ingatlah Allah, pasti dia akan ingat kita saat kita susah.
Saat kita sihat ingatlah Allah, pasti dia ingat kita saat kita sakit.
Mengeluhlah padaNya. Mengadulah padaNya. Menangislah padaNya.

Tuesday 8 May 2012

Warna Kehidupan


Ada hari kita ceria. Gembira yang amat sangat. Tidak tergambar dengan kata-kata. Senyum sepanjang hari itu. Kita merasakan hari itu kita yang punya.Sampai orang kata "buang tabiat ke budak ni".

Ada hari kita keliru. Serabut. Serba serbi kerja tak kena. Buat ini tak kena. Buat itu tak kena. Hanya doa yang mampu. "Ya Allah, Engkau campakkanlah ketenangan dalam hati ini".

Ada hari kita marah. Kecewa. Sedih sehingga nak mengurung diri dalam bilik. Makan tak mahu. Mandi pun rasa malas.. " Ujian apakah ini ya Allah. Aku tak mampu, ya Allah". Sudah tak nampak hikmah di sebalik ujian itu.


Walau apa pun perasaan kita, gembira ke, suka ke, sedih ke, kecewa ke atau apa-apa saja, itulah yang mewarnai kehidupan kita. ingat lah pada nya. DIA yang MAha membolak balik kan hati kita..

Biar lah gembira kita itu hanya kerana Rabbul Izaati
Biar lah kecewa kita itu hanya kerana Tuhan Yang Maha Penyayang
Biar lah marah kita itu juga kerana Allah Taala..

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku " 
Az Zariyat:56