Thursday 19 April 2012

Marah?

Ada kawan tegur aku, kata aku cepat marah. Ermm. Aku pun tak tahu nak cakap. Sekadar senyum saja. Lucu pun ada. Tapi memang betol, aku ni cepat marah (bukan panas baran), tapi itu dulu. Sekarang dah boleh kawal sikit.. =)

Pesan Nabi s.a.w "Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah."(HR Ahmad).

Sekarang, kalau aku nak marah, mesti aku pendam. Cuba buat tak tahu. Mahu menunduk nafsu amarah. Tapi kekadang, tersembur juga..


Sebenarnya sifat marah ni adalah sifat syaitan. Sifat dari syaitan. Jadi, sesiapa yang tengah marah tu, itu bukan diri nya yang sebenar, tapi itu adalah syaitan!!

Nabi s.a.w ada bagi tips, bagaimana kita nak mengawal amarah..
Pertama; jika kita marah ketika berdiri, maka duduklah;
Kedua; jika kita marah ketika duduk, maka berbaringlah;
Ketiga; jika kita marah ketika berbaring, maka tidur lah
___________________________________________________________

Tapi....
Alangkah eloknya..
Alangkah indahnya..
Alangkah bagusnya..
Jika marah itu kita halakan kepada perkara2 berikut.....

*MARAH kan musuh Allah yang memerangi Islam
*MARAH kan maksiat dan mungkar yang bermaharajalela
*MARAH kan penaja2 maksiat dan mungkar yang merosakkan akhlak manusia
*MARAH kan diri sendiri yang gagalmelaksanakan perintah Allah atau gagal melaksanakan dengan sebaik mungkin...

So, Jom Marah....

No comments:

Post a Comment