Thursday 12 April 2012

Duhai Diri Bersyukurlah

Salam teman2 semua.. Syukurlah kepada Allah kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus hidup sihat.. Dengan nikmat ni lah semua kerja yang di rancang berjalan lancar dengan izinNya. Andai nikmat sihat ni di tarik, contohnya di beriNya kita demam, sakit kaki dan sebagainya, pasti segala kerja tertunda/tertangguh. jadi Syukurlah dengan sebenar2 syukur dengan nikmat sihat ni..


Aku nak kongsikan satu risalah yang aku jumpa dalam facebook.7 sunah harian Nabi s.a.w. Bukan nak bincang pasal sunah2 Nabi tu. Tapi ada sesuatu di sebalik apa yang Nabi kerjakan itu.

Kita tahu Nabi ni kekasih Allah, Rasulullah, maksum, yang di janjikan syurga. tapi masih lagi bertemu dengan Tuhannya. Sebab ini salah satu tanda Syukur kepada Allah.
Pernah isterinya, Aisyah bertanya Nabi kerana kaki Nabi bengkak2 akibat solat malam. kata Aisyah "kenapa kamu masih melakukan hal itu, sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang lalu dan akan datang?" Jawab Nabi " salah kah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?" ~ HR Bukhari.

 Allahuakbar!! Nabi yang telah di janjikan syurga pon masih ada rasa ingin bersyukur. Bagaimana pula dengan kita yang belum tentu syurga neraka?

"Jika kamu nak menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"      -Ibrahim:34

Apa makna nya? Maknanya terlalu banyak nikmat2 Allah yang di berikan kepada kita, sehinggakan kalau kita nak tulis satu2, tak akan habis. Guna lah banyak mana pun dakwat yang ada di atas muka bumi ni pon, takkan cukup. bahkan kalau guna Air laut, sungat, pantai, mahupun air paip untuk di jadikan dakwat pun, belum tentu habis apa yang di berikan.
SubhanalLah, Maha Suci Engkau Ya Allah.

Dalam surah Al-A'araaf ayat 10, Allah merakamkan:
"sesungguhnya kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan bagimu di muka bumi (jalan) penghidupan. (tetapi) amat sedikitlah kamu yang bersyukur"


Moga2 aku dan semua teman2 termasuk dalam golongan yang sedikit itu, iaitu golongan yang bersyukur.....

~Duhai Diri, Bersyukurlah

No comments:

Post a Comment