Monday 2 April 2012

Musafir Ilmu

Salam teman2 semua.. Harapnya sihat dengan sebenar2 sihat. Syukur pada NYA..

Pagi yang indah.. Panas tidak. Mendung pun tidak.Tapi itu hanya sementara. Kerana pada petang nya cuaca bertuka wajah.
Awan hitam memenuhi ruang angkasa. Tanda2 hujan akan membasahi bumi..Waktu tu aku masih di tempat kerja. mendung mula menjengah antara jam 4 petang.. hmm. hari nak hujan ni. macam mane nak balik.. kalu naik kereta xpe la, ni naik motor je..Hati mula gelisah, resah.
Saat itu mulut x putus2 mengharap padaNya untuk tidak turunkan hujan itu (bimbang takut x bleh balik).. Jam 4.30 hujan mula turun.. Renyai2. Masih mengharap agar hujan akan reda sblum balik keje. (5 30 baru abes keje.) Malam nya pula ada kuliah maghrib.. Dah pasang niat nak hadir kuliah tu.. Tapi kalo hujan masih x reda, macam mane nak pegi..
Alhamdulillah, hujan mula perlahan2 reda dalam perjalan balik ke rumah. Tapi awan masih belum bertukar warna. masih gelap. "pasti lebat hujan hari ni" monolog hati.
Dah sampai rumah pun, mendung belum pergi, bersiap menunggu arahan sang Pencipta tuk turunkan hujan..
Terus berdoa agar Allah tidah turun kan hujan. Agar dapat hadir kuliah itu..
" Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ILMU, maka Allah permudahkan baginya jalan ke SYURGA"

Malam itu
Dapat juga aku hadir kuliah itu. Syukur Allah makbulkan permintaan ku. Dan dia tidak turunkan hujan walaupun petang tadi macam nak hujan.

Kuliah maghrib malam tu bertajuk ' jin dan syaitan' kupasan dari buku Aqidah Islam.
Satu tajuk yang dekat dengan kita. Yang sentiasa terjadi dalam kehidupan kita seharian. Bilamana kita marah itu adalah syaitan. Bilamana kita membenci seseorang, itu adalah syaitan. Bilamana kita mengambil barang tanpa izin itu adalah syaitan. Segala sifat kotor itu adalah syaitan.

Kata ustaz ." Pelbagai tektikdan teknik yang dilaku kan oleh iblis untuk menyesatkan kita. Sehingga kita menjadi kebiasaan dengan perkara itu. Sehingga yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal"

dalam sebuah hadis rasulullah bersabda yang bermaksud:
" sesungguhnya syaitan itu duduk untuk menghadap anak Adam di beberapa jalan, tujuan untuk memesongkan niat anak Adam ."
Setiap saat, setiap detik syaitan akan menghasut, memesong, menyesatkan Akidah anak2 Adam. kerana itu adalah janji nya pada Allah. Moga2 Allah memperkuatkan Iman kita, memperkuatkan Akidah kita supaya dijauhkan dengan bisikan2 syauitan itu..




                                                                   Gambar Hiasan
Sabda Rasulullah s.a.w.:                
Maksudnya : Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).





No comments:

Post a Comment