Sunday 1 April 2012

Hanya Redha Nya Yang Di Inginkan

Salam teman2 semua.. Moga kalian mendapat keberkatan Ilahi. Amen

Kali ni nak bercerita tentang hari minggu. apa aktiviti kebiasaan yang kita lakukan. 
" Yes! hari minggu, boleh aku rehat"
" hari minggu ni aku nak p jalan2. nk kuar ngan awek. "
" hari minggu nk keje jgk, nk wat OT, nk cari duit lebih"

Ni lah dialog yang biasa kita dengar bila kita tanya kawan2 pasal aktiviti mereka di hari minggu. Ya, aku pun pikir macam mereka. Nak rehat di hujung minggu.. Mestilah.penat keje woo. 6 hari seminggu keja. Dan hari minggu mestilah nak rehat.. 
Tapi itu yg di pikir kan saja. Hari minggu lah hari yg aku slalu tunggu2kan. Aku akan pastikan hari minggu ku penuh dengan aktiviti.

"kenapa x rehat saja?" tanya kawan. aku hanya diam. (sebenarnya duk pikir mcm mane nk bg jwpan yg sesuai)

Aku cuba flashback balik. Suatu ketika dulu, pernah ku suarakan soalan yang sama yg kawan ku tanya padaku "kenapa x rehat saja". apa jwapan nya? Katanya " kalo nak rehat, bukan ini tempat nya. bukan ini masanya. tapi kalo nak rehat, nun di syurga nanti,di hari kita di bangkitkan kembali. di sna nati nak rehat puas2 rehat lah.."
perghh! jwapan nya trus menjunam ke hatiku sehingga kini..

Semalam, hari minggu. Pagi hingga petang terlibat dengan mesyuarat agong. lepas tu bersukan dengan sahabat2 di padang futsal (ku kira ni mungkin jadi sukan utama anak muda). malam nya pula mengajar mengaji. lepas tu baru bleh rehat.

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang " ( Ar Raad: 28)

Ya, walaupun badan penat dengan aktiviti penuh seharian, namun hati ku cukup seronok.. apabila semua aktiviti kita itu kita sandarkan, kita niatkan hanya untuk Allah semata- mata..

tapi dalam kita berprogram,melakukan aktiviti seharian sehingga penat tubuh badan, kita kena ingat hak badan pun kena tunai juga. Badan juga perlukan rehat. 

kita perlu memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badan kita untuk berehat setelah seharian berprogram serta melakukan pelbagai aktiviti yang meletihkan.

“Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur,” - diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment