Wednesday 25 April 2012

Manusia Yang Bertuah

Pagi tadi sempat menadah telinga mendengar peringatan dari sahabat serumah. Sudah lama tidak merasai suasana itu, dek kesibukan masing-masing. Katanya, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Lebik baik dari tumbuhan. Lebih baik dari haiwan. Lebih baik dari makhluk-makhluk lain. Dalam surah at-Tiin: 4

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
Sesungguhnya, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya  
 
Bertuahnya kita. Beruntungnya kita. SubhanalLah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Tapi kena ingat, walaupun kita sebaik-baik kejadian, tapi kita sedang memikul satu benda berat iaitu amanah.Kita sebagai anak, ada tanggungjawab. Kita sebagai ibu bapa, diberi amanah untuk mnjaga anak-anak, keluarga. Sebagai pemimpin, perlu menjaga rakyat. Kita sebagai khalifah ada tanggungjawabnya.

Jika zaman sahabat dulu, jika di beri amanah, pasti akan menolak, malah ada yang menangis. Kerana tak sanggup memikul amanah itu. Belum menerima lagi sudah terasa berat.

Tapi, berbeza dengan sekarang. Bukan saja menerima sesuatu amanah itu dengan senang hati, malah di minta pula amanah itu.. Konon-konon" aku boleh buat semuanya." begitu angkuh sekali manusia sekarang.

"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi, gunung-gunung, tetapi semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh." Al -Ahzab:72
 
~Memegang amanah adalah paling berat di dunia-  Imam Al Ghazali

Jangan Berduka

Tension.
Stress.
Ketidakfokusan.
Serabut. 
Lain yang di rancang, lain yang di buat.. arghh!
Stress banyak sangat kerja. Buat kerja, tak boleh nak fokus. Mulalah kita mengeluh.
"Allah, banyaknya kerja yang tak siap. Lepas ni meting pula.Alamak, kena present lepas ni. bahan-bahan tak stanby lg.. adus.."
Berhenti mengeluh. 
Tarik nafas. 
Rileks.
Cuba tenang diri sekejap.
Sambil-sambil tu baca doa ni.

 " Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

InsyaAllah, dipermudahkan urusan.

p/s: ingatlah Allah waktu kita lapang, Pasti Dia akan ingat kita pada waktu sempit.

Thursday 19 April 2012

Marah?

Ada kawan tegur aku, kata aku cepat marah. Ermm. Aku pun tak tahu nak cakap. Sekadar senyum saja. Lucu pun ada. Tapi memang betol, aku ni cepat marah (bukan panas baran), tapi itu dulu. Sekarang dah boleh kawal sikit.. =)

Pesan Nabi s.a.w "Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah."(HR Ahmad).

Sekarang, kalau aku nak marah, mesti aku pendam. Cuba buat tak tahu. Mahu menunduk nafsu amarah. Tapi kekadang, tersembur juga..


Sebenarnya sifat marah ni adalah sifat syaitan. Sifat dari syaitan. Jadi, sesiapa yang tengah marah tu, itu bukan diri nya yang sebenar, tapi itu adalah syaitan!!

Nabi s.a.w ada bagi tips, bagaimana kita nak mengawal amarah..
Pertama; jika kita marah ketika berdiri, maka duduklah;
Kedua; jika kita marah ketika duduk, maka berbaringlah;
Ketiga; jika kita marah ketika berbaring, maka tidur lah
___________________________________________________________

Tapi....
Alangkah eloknya..
Alangkah indahnya..
Alangkah bagusnya..
Jika marah itu kita halakan kepada perkara2 berikut.....

*MARAH kan musuh Allah yang memerangi Islam
*MARAH kan maksiat dan mungkar yang bermaharajalela
*MARAH kan penaja2 maksiat dan mungkar yang merosakkan akhlak manusia
*MARAH kan diri sendiri yang gagalmelaksanakan perintah Allah atau gagal melaksanakan dengan sebaik mungkin...

So, Jom Marah....

Friday 13 April 2012

PUTRA

Salam teman2 semua. Syukur Alhamdulillah masih lagi di beri kekuatan untuk mengadap laptop ni. Terus di berikan nikmat mata untuk melihat. tangan untuk menaip. mulut untuk membaca. Alhamdulillah.

Semalam, diberi kesempatan untuk berkumpul bersama sahabat2 setelah sekian lama tidak merasai suasana sedemikian.  Dalam majlis tu kami di hidangkan dengan nasi arab + air teh arab + air kiwi dan lain2 lg. First time aku makan nasi arab. Boleh tahan la. Tapi yang kureng skit nya air teh arab. Dicampurnya dengan bunga cengkih. Tekak ku x boleh terima air sebegitu. Tapi itu tak penting, yang penting dapat makan bersama dengan sahabat2. Allahukabar. indahnya ukhwah kerana Allah.

Sebenarnya kami berkumpul, bukan saja atas sebab lama tak berkumpul. Tapi agenda penting nya untuk meraikan sahabat yang akan berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajiannya. Allahuakbar, murah sungguh rezeki beliau. Yang hebat nya, malam tu macam duk kat tanah arab. makan nasi arab, teh arab, sahabat nk ke arab, dan borak2 pon pasal orang arab, makanan di sana.. huhuhu

 Pesanan terakhir sahabat yang paling terkesan, katanya "teruskanlah berjuang, hidup mulia @ mati syahid. Nak syahid tak semestinya pergi berperang di Palestin, di sini pon boleh mati syahid kalo kita menentang orang yang ingkar, murka pada Allah. Orang yang mengananyai hamba Allah."

Pesanannya lagi, " Doa kita kepada sahabat tanpa pengetahuannya, di makbulkan Allah. malah malaikat turut mengaminkan doa itu kepada kita. "juga untuk mu".. "

InsyaAllah sahabat, aku akan pegang dan amalkan pesanan mu ini.. Setahun lagi kita akan bertemu semula, InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusanmu.



Ahmad Fahmi Che Nordin

* maaf ambil gambar tanpa bagitahu mu, sahabat.. =)

Thursday 12 April 2012

Duhai Diri Bersyukurlah

Salam teman2 semua.. Syukurlah kepada Allah kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus hidup sihat.. Dengan nikmat ni lah semua kerja yang di rancang berjalan lancar dengan izinNya. Andai nikmat sihat ni di tarik, contohnya di beriNya kita demam, sakit kaki dan sebagainya, pasti segala kerja tertunda/tertangguh. jadi Syukurlah dengan sebenar2 syukur dengan nikmat sihat ni..


Aku nak kongsikan satu risalah yang aku jumpa dalam facebook.7 sunah harian Nabi s.a.w. Bukan nak bincang pasal sunah2 Nabi tu. Tapi ada sesuatu di sebalik apa yang Nabi kerjakan itu.

Kita tahu Nabi ni kekasih Allah, Rasulullah, maksum, yang di janjikan syurga. tapi masih lagi bertemu dengan Tuhannya. Sebab ini salah satu tanda Syukur kepada Allah.
Pernah isterinya, Aisyah bertanya Nabi kerana kaki Nabi bengkak2 akibat solat malam. kata Aisyah "kenapa kamu masih melakukan hal itu, sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang lalu dan akan datang?" Jawab Nabi " salah kah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?" ~ HR Bukhari.

 Allahuakbar!! Nabi yang telah di janjikan syurga pon masih ada rasa ingin bersyukur. Bagaimana pula dengan kita yang belum tentu syurga neraka?

"Jika kamu nak menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"      -Ibrahim:34

Apa makna nya? Maknanya terlalu banyak nikmat2 Allah yang di berikan kepada kita, sehinggakan kalau kita nak tulis satu2, tak akan habis. Guna lah banyak mana pun dakwat yang ada di atas muka bumi ni pon, takkan cukup. bahkan kalau guna Air laut, sungat, pantai, mahupun air paip untuk di jadikan dakwat pun, belum tentu habis apa yang di berikan.
SubhanalLah, Maha Suci Engkau Ya Allah.

Dalam surah Al-A'araaf ayat 10, Allah merakamkan:
"sesungguhnya kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan bagimu di muka bumi (jalan) penghidupan. (tetapi) amat sedikitlah kamu yang bersyukur"


Moga2 aku dan semua teman2 termasuk dalam golongan yang sedikit itu, iaitu golongan yang bersyukur.....

~Duhai Diri, Bersyukurlah

Monday 9 April 2012

Dah Kenal Baru Cinta...

Salam teman2 semua. macam mane diri. moga2 sihat selalu dengan izin Nya.

Setiap manusia pasti akan ada rasa cinta, rasa kasih, rasa sayang, dan seumpama nya.. Dalam surah maryam ayat 96 Allah berkata:

" Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka) "

Allah s.w.t telah mencampakkan satu perasaan ke dalam hati kita.. (baca elok2, perasaan, bukan perasan!) iaitu perasaan kasih @ sayang @ cinta dan seumpama dengan nya.

Renungan Buat Diri

Hmm.. berbicara pasal cinta kali ni.. :). Tapi bukan pasal cinta pada kekasih, sbb aku tak reti macam mane nak cerita cinta cintun sblum kawin ni.. Tak ada pengalaman. Tapi yang aku dengar dari kawan2 aku, cinta ni tak akan kekal hingga ke alam perkahwinan. Hanya putus di tepi jalan. (kalo tengah jalan, dah kena langgar lori dah).. Tapi ada juga sampai  kawin.. Pun tak kekal. Tak bahagia.. Lama2 dah tahu perangai sebenar pasangan masing2. Ye lah, mula2 kenal tu banyak la cerita nak di ceritakan, nak di kongsikan (kononnya sayang la tu).. dan bila dah kawin, hah! dah tak ada apa nak di ceritakan sbb modal cerita tu dah habis masa belum kawin dulu.. Akhir nya buat hal sendiri.. ( * bukan nak buruk kan sesape).Itulah bila kawin hanya nafsu semata2, tidak meletakkan Allah di atas.  Pastu berlaku la kes bunuh diri, terjun bangunan sbb frust menonggeng ngan cinta..




Arrgghhh.. Bukan cerita cinta ini yang nak di cerita kan. cinta ini lebih agung dari cinta itu. Bertuah kiranya kita dapat cinta ini.

Dia Rindukan Kita

Mereka berkumpul mengelilingi orang yang mereka sanjungi, hormati, orang yang mereka sangat kasihi, sangat di senangi. pendek kata, dia lah segala2nya bagi mereka. mereka berkumpul seperti biasa. Dia adalah Rasulullah s.a.w.
Tapi kali ni keadaan lain sikit dari hari kebiasaan mereka berkumpul.. Hari ini mereka lihat orang yang mereka segani itu tunduk. Diam seketika. Senyap. Sahabat2 tak senang duduk. masing2 berbisik2 sesama sendiri.
"Kenapa dengan Rasulullah ni" "apa yang dah berlaku". Masing2 tertanya2 sama sendiri.
Lalu  Rasulullah mengangkat wajah. tengok seorang demi seorang sahabat2 nya. lalu bersuara "sebenarnya aku rindu, aku kasih pada seseorang. Dia adalah hamba Allah yang mulia disisi Nya".
"Sape?" tanya salah seorang daripada mereka.
"Dia cinta kan aku. Dia rindukan aku". jawab Baginda
"Malaikat?" tanya salah seorang daripada mereka.
"Ya para Malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan Allah.Dan mereka sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah.tentulah mereka mulia.tapi bukan itu yang aku maksudkan."
" Nabi2 dan rasul" teka sahabat.

 Rasulullah tersenyum.Baginda berkata "ya, para nabi dan rasul itu mulia. mereka adalah utusan Allah di muka bumi. bagaimana mugkin mereka tidak mulia. mereka mulia....Tapi ada lagi yang lainnya..

" Kalau macam tu kami lah. Sebab kami selalu di samping mu. Kami berperang bersama. Kami lindungi mu.Kami pertahankan agama yang kamu bawa". jawab sahabat.
Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu,baginda tersenyum melihat wajah para sahabat2...Baginda berkata, "tentulah kaliah mulia... Kalian dekat denganku.... Kalian membantu perjuanganku, kalian yang melindungi aku. Bagaimana mugkin kalian tidak mulia.... Tentulah kalian mulia... Tapi ada ada lagi yang lain yang lebih mulia..
Semua sahabat2 diam. Ada yang muram, sedih. Masakan tidak sedih, merekalah yang sentiasa mendampingan Rasulullah. Tapi bukan mereka yang Rasulullah maksudkan. Semua sahabat2 diam.
Lalu Baginda menundukkan kepala. Menangis depan sahabat2nya.
"Mengapa kamu menangis ya Rasulullah?"
Baginda mengangkat wajahnya. Air mata tumpah membasahi pipi dan janggut. Baginda berkata,
"Wahai sahabat2ku, tahukah kalian siapa mereka yang mulia itu?" sahabat diam2. menunggu ayat seterusnya.
Rasulullah sambung, "mereka adalah manusia. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu cintakan Allah. Dan tahukah kalian? Mereka tak pernah memandangku, tak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tak dekat dengan ku seprti kalian. Tapi mereka begitu merinduiku. Aku pun ridu pada mereka. mereka yang mulai itu adalah UMAT ku."
Rasulullah menangis lagi. Kali ni lebih hebat tangisan nya. Semua sahabat2 menangis.

Dimanakah Kita

Siapakah umat yang Nabi maksudkan itu?? Ya, umat itu adalah kita.Kita yang Rasulullah rindukan.. tapi adakah kita rindu pada Rasulullah?? Ya Allah, campakkanlah rasa rindu kami pada Nabi kami. Suburkan rasa sayang kami pada Kekasih Mu. Mekarkanlah rasa kasih kami pada Rasul Mu.
Persoalannya bagaimana kita nak suburkan rasa kasih saying dan rindu kita pada Nabi Rasulullah SAW??
Tak kenal maka tak cinta. Itulah jawapannya. Lumrah manusia, bila nak kan sesuatu mesti akan selidik benda/seseorang yang nak itu. Pasti akan mencari maklumat2. Di tanya orang itu, ditanya orang ini. cari kat internet, semata2 untuk dapatkan perkara itu.ya lah, bila dah jatuh cinta....
Begitu juga lah kalau kita nak cinta pada Rasulullah SAW. Perlu selidik, perlu cari maklumat2, perlu terokai kisah hidup Baginda.
Tak kenal maka tak cinta. Bila kenal baru cinta.

Thursday 5 April 2012

Kita Adalah Sama

Tatkala keadaan memberontak
Kau datang membawa hak
Islam yang kau utamakan
Tanpa kira asal dan pangkat


Biar kau tinggi di atas
Tapi kau tunduk ke bawah
Bersujud pada Nya
Hati sayu melihat keperibadianmu
Kemegahan kau tinggal kan
Kezududan mengiringmu
 
Kami sayang pada mu
Pimpin lah kami 
Ke jalan Redha Nya
Kerana kau pemimpin kami


one day, we will meet face to face*




Monday 2 April 2012

Musafir Ilmu

Salam teman2 semua.. Harapnya sihat dengan sebenar2 sihat. Syukur pada NYA..

Pagi yang indah.. Panas tidak. Mendung pun tidak.Tapi itu hanya sementara. Kerana pada petang nya cuaca bertuka wajah.
Awan hitam memenuhi ruang angkasa. Tanda2 hujan akan membasahi bumi..Waktu tu aku masih di tempat kerja. mendung mula menjengah antara jam 4 petang.. hmm. hari nak hujan ni. macam mane nak balik.. kalu naik kereta xpe la, ni naik motor je..Hati mula gelisah, resah.
Saat itu mulut x putus2 mengharap padaNya untuk tidak turunkan hujan itu (bimbang takut x bleh balik).. Jam 4.30 hujan mula turun.. Renyai2. Masih mengharap agar hujan akan reda sblum balik keje. (5 30 baru abes keje.) Malam nya pula ada kuliah maghrib.. Dah pasang niat nak hadir kuliah tu.. Tapi kalo hujan masih x reda, macam mane nak pegi..
Alhamdulillah, hujan mula perlahan2 reda dalam perjalan balik ke rumah. Tapi awan masih belum bertukar warna. masih gelap. "pasti lebat hujan hari ni" monolog hati.
Dah sampai rumah pun, mendung belum pergi, bersiap menunggu arahan sang Pencipta tuk turunkan hujan..
Terus berdoa agar Allah tidah turun kan hujan. Agar dapat hadir kuliah itu..
" Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ILMU, maka Allah permudahkan baginya jalan ke SYURGA"

Malam itu
Dapat juga aku hadir kuliah itu. Syukur Allah makbulkan permintaan ku. Dan dia tidak turunkan hujan walaupun petang tadi macam nak hujan.

Kuliah maghrib malam tu bertajuk ' jin dan syaitan' kupasan dari buku Aqidah Islam.
Satu tajuk yang dekat dengan kita. Yang sentiasa terjadi dalam kehidupan kita seharian. Bilamana kita marah itu adalah syaitan. Bilamana kita membenci seseorang, itu adalah syaitan. Bilamana kita mengambil barang tanpa izin itu adalah syaitan. Segala sifat kotor itu adalah syaitan.

Kata ustaz ." Pelbagai tektikdan teknik yang dilaku kan oleh iblis untuk menyesatkan kita. Sehingga kita menjadi kebiasaan dengan perkara itu. Sehingga yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal"

dalam sebuah hadis rasulullah bersabda yang bermaksud:
" sesungguhnya syaitan itu duduk untuk menghadap anak Adam di beberapa jalan, tujuan untuk memesongkan niat anak Adam ."
Setiap saat, setiap detik syaitan akan menghasut, memesong, menyesatkan Akidah anak2 Adam. kerana itu adalah janji nya pada Allah. Moga2 Allah memperkuatkan Iman kita, memperkuatkan Akidah kita supaya dijauhkan dengan bisikan2 syauitan itu..




                                                                   Gambar Hiasan
Sabda Rasulullah s.a.w.:                
Maksudnya : Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).





Sunday 1 April 2012

Hanya Redha Nya Yang Di Inginkan

Salam teman2 semua.. Moga kalian mendapat keberkatan Ilahi. Amen

Kali ni nak bercerita tentang hari minggu. apa aktiviti kebiasaan yang kita lakukan. 
" Yes! hari minggu, boleh aku rehat"
" hari minggu ni aku nak p jalan2. nk kuar ngan awek. "
" hari minggu nk keje jgk, nk wat OT, nk cari duit lebih"

Ni lah dialog yang biasa kita dengar bila kita tanya kawan2 pasal aktiviti mereka di hari minggu. Ya, aku pun pikir macam mereka. Nak rehat di hujung minggu.. Mestilah.penat keje woo. 6 hari seminggu keja. Dan hari minggu mestilah nak rehat.. 
Tapi itu yg di pikir kan saja. Hari minggu lah hari yg aku slalu tunggu2kan. Aku akan pastikan hari minggu ku penuh dengan aktiviti.

"kenapa x rehat saja?" tanya kawan. aku hanya diam. (sebenarnya duk pikir mcm mane nk bg jwpan yg sesuai)

Aku cuba flashback balik. Suatu ketika dulu, pernah ku suarakan soalan yang sama yg kawan ku tanya padaku "kenapa x rehat saja". apa jwapan nya? Katanya " kalo nak rehat, bukan ini tempat nya. bukan ini masanya. tapi kalo nak rehat, nun di syurga nanti,di hari kita di bangkitkan kembali. di sna nati nak rehat puas2 rehat lah.."
perghh! jwapan nya trus menjunam ke hatiku sehingga kini..

Semalam, hari minggu. Pagi hingga petang terlibat dengan mesyuarat agong. lepas tu bersukan dengan sahabat2 di padang futsal (ku kira ni mungkin jadi sukan utama anak muda). malam nya pula mengajar mengaji. lepas tu baru bleh rehat.

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang " ( Ar Raad: 28)

Ya, walaupun badan penat dengan aktiviti penuh seharian, namun hati ku cukup seronok.. apabila semua aktiviti kita itu kita sandarkan, kita niatkan hanya untuk Allah semata- mata..

tapi dalam kita berprogram,melakukan aktiviti seharian sehingga penat tubuh badan, kita kena ingat hak badan pun kena tunai juga. Badan juga perlukan rehat. 

kita perlu memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badan kita untuk berehat setelah seharian berprogram serta melakukan pelbagai aktiviti yang meletihkan.

“Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur,” - diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.