Thursday 10 May 2012

Tiada Kata



Teman saya, mengeluh. Katanya, kita boleh bersabar, tapi belum tentu bersyukur. Lama saya termenung. Berfikir. Ada kebenarannya juga. Saya cuba mengagak dia mungkin ada masalah kewangan atau masalah keluarga.atau mungkin masalah kesihatan. Tapi yang pasti dia kini di uji. Berat untuk melihat wajahnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Saya cuba menenangkan dia. Cuba memotivasi diri sendiri.

Dalam surah al-Baqarah ayat 286, Allah SWT berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Benar!  Kekadang kita boleh bersabar bila di timpa musibah dan sebagainya, masih boleh mengawal 'keadaan', tapi dalam hati seperti 'ombak bergelora'. Agak sukar untuk bersyukur atas musiabah itu. Kita bersabar dalam mengeluh. Mengeluh itulah menjadikan kita tidak bersyukur.. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana kasih sayang Nya mendahului kemurkaan Nya.

Untuk teman ku, renungilah satu hadis ini yang di riwayatkan oleh Thabrani dari Abu Umamah:

Ketika Allah rindukan hambanya, Allah akan mengirim sebuah hadiah istimewa melalui  malaikat Jibril yang isisnya adalah UJIAN, lalu berkata " Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."

Saat kita gembira ingatlah Allah, pasti dia akan ingat kita saat kita susah.
Saat kita sihat ingatlah Allah, pasti dia ingat kita saat kita sakit.
Mengeluhlah padaNya. Mengadulah padaNya. Menangislah padaNya.

No comments:

Post a Comment