Saturday 11 February 2012

Kau Yang Bernama Kekasih

Kau yang bernama kekasih..
sejak ku kenali mu,
ku rasa bahagia,
ku rasa tenang,
ku ingin mengenali mu...
...
Kau yang bernama kekasih..
pabila orang asyik menyebut namamu,
ku iri hati,
ku juga mahu sebut nama mu..
kerna ku ingin mendekati mu..

Kau yang bernama kekasih..
apa yang kau buat, ku ikut,
apa yang kau pakai, ku pakai,
apa yang kau makan, ku makan,
ku cuba tiru gaya mu..

Kau yang bernama kekasih..
keperibadian mu indah,
akhlak mu cantik,
perilaku mu baik,
ku ingin contohi..

Kau yang bernama kekasih..
ku sebar nama mu,
ku amat gembira
bila orang tahu perihal mu,
bila orang ikut akhlak mu.

Kau yang bernama kekasih..
hanya satu yang ku ingin kan,
hadir lah dalam lena ku,,
ku ingin sangat memeluk mu..

Ya Allah..
ku ingin sangat bertemu dengan Kekasih Mu..
pertemukan lah kami..
 


 

Saturday 4 February 2012

Bercerita Tentang Cerita

Assalamualaikum teman..

Apa khabar teman? Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus kita sujud pad Nya..

Fuhh, bleh jgk update blog ni.. tidak lah sibuk mana pon, tp seminggu 2 ni internet buat masalah.. Alhamdulillah dpt jgk aku selesaikan masalah ni.. dengan hati yang berat..

Hah, apa yang nak di ceritakan sangat tu Jey.. hmmm

Aku bru je lepas tengok 1 filem ni, yang bagi aku satu pengajaran yang baik..memang lah setiap cerita ada pengajarannya, tp cerita ni lain.. pengajaran nya sungguh 'perghhh'.. 


 Ya. ini lah cerita yang aku maksudkan.. HAFALAN SHALAT DELISA.. Satu cerita Indonesia yang berlaku di Lhok Nga, sebuah desa kecil terletak di Aceh.. mengenangkan peristiwa tsunami..kehidupan selepas tsunami.. yang patut teman-teman semua tengok (bagi yang belum tgk lagi).. 

Cerita ni mengisahkan seorang gadis kecil, Delisa yang menghafal bacaan-bacaan dalam solat.. tapi niat nya manghafal hanya mahu balasan; hadiah dari ibu nya. Sekiranya dia lulus dalam hafalan nya, maka ibunya akan menghadiakan seutas rantai yang ada huruf 'D'.. Delisa ni seorang yang periang, peramah, yang sangat sayang pada semua orang di sekelilingnya..

Di pendekkan cerita, ketika dia sedang di uji hafalan nya, datang satu ombak tsunami, lalu habis segalanya di 'sambar' tsunami.. Dengan kuasa Allah (dalam cerita ni) Delisa masih hidup, tp kaki kirinya kena potong akibat kecelakaan.. Ada la beberapa orang kenalan Delisa msih hidup..

Walaupun begitu, dia masih menghafal.. terus menghafal dan terus menghafal.. tapi tak juga ingat.. tergagap-gagap.. lalu dia bertemu dengan ustaz Rahman..   
       " Kenapa Delisa susah sangat nak melakukannya?" 
       " Orang yang susah nak lakukan sesuatu sebab hatinya tidak IKHLAS."
       " ngak IKHLAS bagaimana, ustaz?"
       " Tidak IKHLAS itu ertinya dia melakukan sesuatu bukan kerna ALLAH. Dia hanya mengharapkan hadiah, hadiah, hadiah.."

Nah! inilah yang aku maksudkan dgn pengajaran itu.. teringat aku satu hadis Nabi s.a.w yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:
    
  " Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan"
  

Air mati ku mengalir tiba-tiba......~